Privasi anda adalah penting bagi kami di Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (“MTDC”).
Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda. Sila
ambil maklum bahawa di dalam Notis Privasi ini, rujukan kepada “kami” dan “kita” adalah merujuk kepada MTDC;
para pekerjanya; dan mana-mana entiti yang dikawal oleh, di bawah kawalan bersama dengan atau mengawal,
MTDC; dan rujukan kepada “ahli gabungan” kami adalah merujuk kepada rakan-rakan kongsi, ejen-ejen,
pembekal-pembekal perkhidmatan dan kontraktor-kontraktor kami.
Untuk tujuan kefahaman Notis Privasi ini, istilah berhuruf besar yang digunakan dalam Notis Privasi ini
hendaklah mempunyai maksud berikut:
- “Data Peribadi” hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709); - “Undang-undang Privasi” hendaklah bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia
2010 (Akta 709) (“PDPA”) dan semua undang-undang perlindungan data lain di mana-mana bahagian dunia yang
mungkin terpakai dari semasa ke semasa, termasuk segala perundangan dan peraturan subsidiari
masing-masing sebagaimana yang dipinda daripada dari masa ke semasa; - “Program” hendaklah bermaksud program, acara, perbincangan, kempen, inisiatif dan/atau
ciri yang disediakan atau dianjurkan oleh MTDC, sama ada pada masa sekarang atau akan datang; dan - “Laman Web” bermaksud laman web MTDC yang boleh diakses di https://www.mtdc.com.my.
1. Jenis-Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpul Daripada Anda
Jenis Data Peribadi yang kami kumpul daripada anda mungkin berbeza bergantung kepada sifat hubungan anda
dengan pihak kami dan mungkin termasuk Data Peribadi yang bersifat sensitif. Kami hanya mengumpul Data
Peribadi yang diperlukan dan bergantung kepada tujuan pengumpulan tersebut termasuk tetapi tidak terhad
kepada nama anda, nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, kaum, bangsa, tarikh lahir, umur, jantina, status
perkahwinan, alamat kediaman, dan nombor telefon, alamat e-mel anda, butiran akaun media sosial, atau
butiran mana-mana akaun yang anda mungkin ada dengan mana-mana laman web atau aplikasi mudah alih; lokasi
geografi anda; alamat protokol internet komputer anda dan apa-apa maklumat lain yang dapat mengenalpasti
mana-mana komputer dan/atau alat mudah alih yang anda guna untuk berinteraksi dengan kami; butiran kewangan
anda termasuk butiran akaun bank; apa-apa rekod penyertaan anda di dalam acara dan/atau program yang
dianjurkan atau dikendalikan oleh kami; maklumat keselamatan sosial dan cukai anda; kepercayaan agama anda;
pertalian politik dan keahlian dengan mana-mana pertubuhan, rekod jenayah anda atau apa-apa rekod di mana
anda menjadi subjek siasatan, tuntutan atau sekatan; sejarah pendidikan, pendidikan dan kelayakan
profesional anda; pekerjaan dahulu dan semasa anda; maklumat berkaitan dengan pemilikan atau ekuiti
mana-mana syarikat; maklumat perubatan anda termasuk keadaan fizikal dan mental; maklumat biometrik anda;
dan rakaman video dan gambar-gambar anda.
Kami juga mungkin akan mengumpul Data Peribadi yang tersebut di atas daripada pihak-pihak yang berkaitan
dengan anda seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja anda. Apabila anda memberikan Data
Peribadi orang-orang yang tersebut di atas kepada kami, sila pastikan bahawa mereka telah membaca Notis
Privasi ini dan membenarkan kami memproses Data Peribadinya untuk sebarang tujuan sebelum Data Peribadinya
diberikan kepada kami. Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa untuk kami menyediakan akses kepada
anda kepada Program kami, anda mungkin diwajibkan untuk memberi jenis Data Peribadi tertentu kepada kami.
Sebaliknya, sesetengah Data Peribadi mungkin bersifat sukarela atau pilihan. Kami akan menyatakan pada masa
permintaan sama ada mana-mana Data Peribadi tersebut adalah yang wajib diberikan kepada kami. Sekiranya anda
enggan memberikan Data Peribadi yang wajib atau menarik balik kebenaran anda untuk kami menggunakan Data
Peribadi tersebut, keupayaan kami untuk memberikan anda akses kepada beberapa Program ini mungkin terjejas.
2. Sumber Data Peribadi
2.1. Tujuan pemprosesan data peribadi anda
Semasa anda menggunakan Laman Web dan/atau penyertaan dalam Program, kami mungkin / akan mengumpul Data
Peribadi anda apabila anda mendaftar untuk akaun pengguna, mengemaskini atau menukar maklumat untuk
akaun pengguna anda; apabila kami berjumpa atau berbicara dengan anda melalui telefon; melalui
penyertaan dan penglibatan anda dalam Program-program; melalui borang dan tinjauan apabila anda
mendaftar untuk acara atau program; apabila anda menyertai senarai mel, senarai e-mel atau senarai mesej
kami; apabila anda memberikan kami butiran untuk kami memaklumkan kepada anda tentang sebarang maklumat
yang berkaitan dengan Program; melalui e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas (atau sebarang bentuk
pemesejan analog lain), aplikasi mudah alih, saluran media sosial, blog dan pelbagai laman web; melalui
surat rasmi; apabila kami menandatangani sebarang kontrak dengan anda; apabila anda memasuki premis atau
lokasi kami di bawah kawalan kami; dan apabila anda menggunakan mana-mana ruang dan/atau kemudahan yang
kami sediakan atau jadikan boleh diakses kepada anda; apabila anda mengambil bahagian dalam Program kami
dan/atau program dan acara ahli gabungan kami.
Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pihak ketiga seperti sumber yang boleh diakses
secara umum; pangkalan data atau rekod yang sah disisi undang-undang; badan kawal selia atau agensi
kerajaan; pendaftaran syarikat; agensi rujukan kredit atau organisasi seumpamanya; media; perunding
pemasaran; individu yang berkaitan dengan anda seperti ahli keluarga, rakan, rakan sekerja dan majikan
anda yang terdahulu dan sekarang; rakan kerjasama, kontraktor, pembekal perkhidmatan atau ejen kami; dan
daripada sumber sedemikian yang mendapat kebenaran anda untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan kami.
Tertakluk pada tahap yang diperlukan oleh Undang-undang Privasi yang berkenaan, kami akan memaklumkan
kepada anda tentang pengumpulan tersebut dan tujuannya dalam masa satu (1) bulan daripada penerimaan
Data Peribadi tersebut.
2.2. Data Peribadi yang dikumpul daripada penggunaan Laman Web anda
Apabila anda mengakses Laman Web kami, peranti anda menghantar maklumat yang mungkin mengandungi Data
Peribadi dan kami mungkin menjejaki, mengumpul dan menyatukan maklumat yang menunjukkan, antara lain,
alamat Protokol Internet (IP) peranti anda, jenis dan ciri peranti mudah alih, melalui penggunaan
“cookies” atau teknologi yang serupa; halaman Laman Web yang telah dilawati, susunan di mana ia
dilawati, bila ia dilawati, hiperpautan yang telah diklik dan Pelokasi Sumber Seragam (URL) yang anda
pautkan ke Laman Web kami.
3. Tujuan Memproses Data Peribadi Anda
MTDC menggunakan Data Peribadi anda terutamanya untuk memberikan atau menawarkan kepada anda maklumat,
bantuan, produk dan/atau perkhidmatan, sebagai contoh, acara dan program. Kami juga akan menggunakan Data
Peribadi anda untuk tujuan seperti menilai sebarang permohonan atau permintaan yang anda serahkan kepada
kami; untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda termasuk menjalankan semakan risiko dan kredit; untuk
menilai pengalaman, kelayakan dan latar belakang anda dan/atau untuk membolehkan ahli gabungan kami membuat
penilaian yang sama; untuk membolehkan ahli gabungan kami memberikan atau menawarkan kepada anda maklumat,
bantuan, acara, program, produk dan/atau perkhidmatan; untuk mengekalkan rekod dan fail kami; untuk
penubuhan dan penyelenggaraan pangkalan data pengguna Laman Web kami dan peserta Program kami untuk tujuan
penyelidikan dan untuk mencipta direktori syarikat permula, syarikat dan/atau perniagaan untuk memudahkan
perkembangan industri syarikat pemula; semasa melaksanakan kewajipan kontrak kami atau menguatkuasakan hak
kontrak kami yang diperuntukkan di bawah mana-mana kontrak yang kami tandatangani dengan anda atau dengan
pihak lain; untuk mendapatkan pandangan dan memperolehi maklum balas anda; untuk memaklumkan kepada anda
tentang acara, program dan peluang yang mungkin menarik atau memberi manfaat kepada anda; untuk menjana
data, statistik, model dan laporan untuk kegunaan dalaman kami dan/atau untuk pendedahan kepada ahli
gabungan kami, entiti kerajaan dan/atau kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan; untuk
mencegah penipuan atau jenayah atau untuk membantu pihak berkuasa dalam penyiasatan mereka; untuk tujuan
yang berkaitan dengan keselamatan; sebagai sebahagian daripada sebarang prosiding undang-undang; untuk
mematuhi mana-mana undang-undang, garis panduan atau arahan yang berkenaan; dan untuk melaksanakan apa-apa
fungsi yang diperuntukkan di bawah undang-undang atau menurut mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang
berkaitan.
4. Hak Anda terhadap Data Peribadi Anda
4.1. Mengemas kini Data Peribadi anda
Adalah penting bahawa Data Peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, terkini dan lengkap dan
anda tidak menyerahkan sebarang maklumat kepada kami yang tidak tepat atau mengelirukan agar kami dapat
menyediakan Program dengan berkesan. Sekiranya anda percaya bahawa Data Peribadi anda seperti yang
diberikan kepada kami adalah tidak tepat dan lapuk, anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami
tentang perubahan tersebut. Jika terdapat sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda, kami menggalakkan
anda untuk memaklumkan kepada kami perubahan tersebut. Maklumat tambahan daripada anda mungkin
diperlukan untuk mengesahkan identiti anda sebelum membuat pembetulan sedemikian. Sila ambil perhatian
bahawa ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk perubahan data peribadi anda tersebut dipamerkan
dalam sistem kami dan dalam tempoh itu, anda mungkin masih menerima komunikasi daripada kami.
4.2. Menarik balik atau mengehadkan kebenaran anda untuk memproses Data Peribadi
Jika anda ingin kami berhenti mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses Data Peribadi anda (sama
ada secara keseluruhan atau sebahagiannya) yang secara sah berada dalam simpanan atau kawalan kami, anda
boleh menarik balik kebenaran anda dengan mengemukakan permintaan bertulis melalui e-mel kepada Jabatan
Integrity dan Tadbir Urus kami. Anda juga boleh memohon agar pemprosesan Data Peribadi anda dihadkan
supaya (i) kami hanya memproses Data Peribadi anda untuk sebahagian tetapi bukan semua tujuan yang
dinyatakan; (ii) kami hanya memproses sebahagian tetapi bukan semua Data Peribadi anda untuk tujuan yang
dinyatakan; (iii) gabungan (i) dan (ii); atau (iv) sebarang bentuk had pemprosesan Data Peribadi anda
oleh kami dalam apa jua cara. Sila ambil perhatian bahawa, bergantung pada jenis penarikan balik atau
pengehadan persetujuan tersebut, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan atau membantu anda dengan
beberapa atau semua ciri yang kebiasaannya kami sediakan. Setelah menerima permintaan anda, kami akan
memproses dalam tempoh yang munasabah dan setelah pemprosesan tersebut selesai, kami tidak lagi akan
mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses Data Peribadi anda, kecuali setakat Data Peribadi
anda yang kami kekalkan untuk pematuhan, kawal selia atau tujuan undang-undang yang lain. Ia mungkin
mengambil masa sehingga dua (2) bulan untuk penarikan balik persetujuan anda dipamerkan dalam sistem
kami dan oleh itu, Data Peribadi anda masih boleh diproses dalam tempoh ini, jika ada.
4.3. Permintaan untuk mengakses data dan mudah alih
Jika anda ingin meminta salinan semua Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami, anda boleh berbuat
sedemikian dengan menghantar e-mel kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus kami dan kami akan
memberikan anda Data Peribadi dalam bentuk yang tersusun, biasa digunakan dan format yang boleh dibaca
oleh mesin. Anda juga boleh meminta Data Peribadi mudah alih anda dan kami akan membantu menghantar Data
Peribadi kepada pengguna data lain seperti yang diminta.
5. Pendedahan Data Peribadi Anda
Kerahsiaan Data Peribadi anda adalah penting kepada MTDC. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi tujuan di atas,
akan ada keadaan di mana kami perlu mendedahkan Data Peribadi anda. Pihak yang mungkin kami membuat
pendedahan sedemikian termasuk ahli gabungan, penaja, juruaudit, perunding, peguam dan penasihat kami;
institusi pendidikan dan bakal pelabur; penganjur acara; agensi pemasaran dan perunding; saluran media
sosial dan laman web; agensi rujukan kredit; badan kerajaan; mana-mana pihak yang anda telah memberikan
kebenaran anda kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda; atau mana-mana pendedahan yang
diperuntukkan di bawah undang-undang yang terpakai atau dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa kawal
selia yang berkaitan. Pendedahan Data Peribadi anda juga mungkin melibatkan pemindahan Data Peribadi anda
antara negara atau lokasi geografi yang berlainan. Apabila kami memindahkan Data Peribadi anda ke negara
atau lokasi yang lain, kami akan mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami yang berkaitan dengan
pemindahan Data Peribadi anda tersebut dan menerima pakai perlindungan yang sesuai bagi memastikan tahap
perlindungan yang mencukupi termasuk memastikan penerima Peribadi Data yang baharu bertanggungjawab
melindungi Data Peribadi anda mengikut mana-mana Undang-undang Privasi. Keselamatan Data Peribadi anda
adalah amat penting kepada kami dan kami mempunyai langkah keselamatan yang komprehensif untuk melindungi
Data Peribadi anda.
6. Pengurusan Data Peribadi
Dalam menguruskan Data Peribadi anda, kami akan menyediakan semua pengaturan keselamatan yang diperlukan bagi
memastikan Data Peribadi anda dilindungi secukupnya dan ini termasuk sebarang langkah yang munasabah untuk
menghalang sebarang akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan dan pengubahsuaian yang tidak
dibenarkan serta kebocoran, kehilangan, kerosakan atau pengubahan Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun,
kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penggunaan tanpa kebenaran Data Peribadi oleh pihak ketiga
yang berpunca daripada faktor di luar kawalan kami. Data Peribadi anda akan disimpan selagi kami samada
dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang berkenaan atau ianya berkaitan dengan tujuan ia dikumpulkan.
Sebaik sahaja Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan tersebut, atau kami tidak lagi mempunyai
tujuan undang-undang atau perniagaan untuk mengekalkan Data Peribadi anda, kami akan memadam, memusnahkan,
mengeluarkan atau menghalang akses atau penggunaan Data Peribadi tersebut untuk sebarang tujuan selain
daripada pematuhan Notis Privasi ini, atau untuk tujuan keselamatan, pencegahan dan pengesanan penipuan
mengikut keperluan mana-mana undang-undang yang berkenaan.
7. Laman web pihak ketiga
Laman Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak lain yang mungkin
diperlukan untuk mana-mana penyertaan anda dalam Program. Sila ambil maklum bahawa kami tidak
bertanggungjawab terhadap dasar, amalan dan/atau polisi privasi laman-laman web yang dikendalikan oleh
pihak-pihak ketiga tersebut dan anda adalah dinasihatkan untuk menyemak polisi privasi laman-laman web
tersebut bagi mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka akan mengendalikan data peribadi yang mereka
kumpul daripada anda.
8. Kemaskini Notis Privasi
MTDC mungkin akan menyemak dan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, kami
berhak meminda terma Notis Privasi ini mengikut budi bicara mutlak kami. Kami akan memaklumkan kepada anda
tentang sebarang pindaan kepada Notis Privasi ini melalui e-mel, pos, perkhidmatan pesanan ringkas, atau
cara komunikasi yang lain. Untuk mengetahui tentang kemas kini terkini, sila pastikan anda menyemak Laman
Web kami dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak Notis
Privasi ini dengan kerap dan penggunaan berterusan anda terhadap Laman Web dan penyertaan dalam Program kami
selaras dengan sebarang pengubahsuaian, dikemas kini atau pindaan kepada Notis Privasi ini, sama ada disemak
atau tidak oleh anda, akan membentuk persetujuan anda untuk terikat dengan pindaan tersebut.
9. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan Data Peribadi anda atau mengenai Notis Privasi ini, atau jika
anda mempunyai sebarang aduan berkenaan pengumpulan, penggunaan dan pengendalian Data Peribadi anda oleh
kami, atau melaporkan sebarang mana-mana terma dalam Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi kami seperti
yang dinyatakan di bawah:
Jabatan Integriti dan Tadbir Urus
Level 9, Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 3 21726000
Email: integrity@mtdc.com.mySegala e-mel dan surat hendaklah menyatakan dengan jelas bahawa anda membuat pertanyaan, permintaan atau
aduan berkenaan perlindungan data untuk memastikan perkara tersebut dibawa kepada perhatian kami untuk
maklum balas pantas kami. Setiap aduan, pertanyaan dan permintaan akan ditangani dengan segera dan adil.
10. Konflik
Sekiranya terdapat sebarang konflik atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Melayu Notis Privasi ini dan
versi terjemahan dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.