CPE Technology buat penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 90 sen, 15.89% di bawah harga IPO
KUALA LUMPUR 7 Dis – CPE Technology Berhad membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini pada harga 90 sen sesaham, mewakili diskaun 17 sen atau 15.89% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) iaitu harga RM1.07 dengan volum pembukaan 6.31 juta saham.